Khamis, 31 Januari 2013

Kecewa dengan Jersey Warriors 2013



Pada hari sabtu lepas (26 januari 2013), saya telah mengunjungi salah sebuah stokis jualan rasmi produk The Red Warriors di bandar Kota Bharu. Sepengunjungan saya itu saya telah membeli beberapa barangan produk keluaran rasmi TRW iaitu mug, pen, bola mini, key chain, stokin futsal, dan sehelai jersi TRW musim 2013 berjenama Warriors.
 
       Pulangnya ke rumah, saya dengan bangganya memperagakan jersi TRW tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Malah memakainya semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Sambung pula sesi memperagakan jersi tersebut dengan membawa anak dan isteri membeli belah di tapak Uptown damansara bersama abang saya. Rasa bangga tak habis lagi..haha.

Namun perasaan bangga itu tidak bertahan lama apabila hari ini saya membasuhnya. Apa yang berlaku adalah stiker tajaan Sinar & Mamee pada jersi tersebut luntur warnanya. Huh, geramnya rasa! Warna elok-elok merah bertukar menjadi oren kepucatan. Hadoi... rasa bangga yang dulu pun turut pudar sekali..

     Padahal saya telah membasuhnya dengan cucian tangan dah. Saya memang dari dulu lagi membasuh jersi-jersi saya dengan cucian tangan jer, tak bagi bini masukkan dalam mesin basuh! haha.. Ada sekali saya pernah terbaca komen daripada rakan di facebook yang menyatakan logo Warriors & Kelantan jersi beliau telah tertanggal. Tapi saya yakin bahawa beliau semestinya membasuh jersi tersebut dengan menggunakan mesin basuh. Tapi apa yang jadi hari ni adalah sangkaan saya mengenai cucian tangan lebih selamat adalah salah sama sekali. 

     Syukur alhamdulillah, saya telah menelefon brader stokis tersebut lantas menceritakan hal ini. Dan dia menyambut baik komplen dari saya dan menjanjikan pertukaran jersi baru sepulangnya saya ke negeri kesayangan saya itu lagi..

       Hadoi.. apa harus saya buat, mein kya karoon? Tunggu je la edisi balik kampung akan datang..   Tettt... :’(