Pada hari sabtu lepas (26 januari 2013), saya telah
mengunjungi salah sebuah stokis jualan rasmi produk The Red Warriors di bandar
Kota Bharu. Sepengunjungan saya itu saya telah membeli beberapa barangan produk
keluaran rasmi TRW iaitu mug, pen, bola mini, key chain, stokin futsal, dan
sehelai jersi TRW musim 2013 berjenama Warriors.
Pulangnya ke rumah, saya dengan bangganya memperagakan jersi
TRW tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Malah memakainya semasa perjalanan
pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Sambung pula sesi memperagakan
jersi tersebut dengan membawa anak dan isteri membeli belah di tapak Uptown
damansara bersama abang saya. Rasa bangga tak habis lagi..haha.
Namun perasaan bangga itu tidak bertahan lama apabila hari
ini saya membasuhnya. Apa yang berlaku adalah stiker tajaan Sinar & Mamee
pada jersi tersebut luntur warnanya. Huh, geramnya rasa! Warna elok-elok merah
bertukar menjadi oren kepucatan. Hadoi... rasa bangga yang dulu pun turut pudar
sekali..
Padahal saya telah membasuhnya dengan cucian tangan dah. Saya
memang dari dulu lagi membasuh jersi-jersi saya dengan cucian tangan jer, tak
bagi bini masukkan dalam mesin basuh! haha.. Ada sekali saya pernah terbaca komen
daripada rakan di facebook yang menyatakan logo Warriors & Kelantan jersi
beliau telah tertanggal. Tapi saya yakin bahawa beliau semestinya membasuh
jersi tersebut dengan menggunakan mesin basuh. Tapi apa yang jadi hari ni
adalah sangkaan saya mengenai cucian tangan lebih selamat adalah salah sama
sekali.
Syukur alhamdulillah, saya telah menelefon brader stokis
tersebut lantas menceritakan hal ini. Dan dia menyambut baik komplen dari saya
dan menjanjikan pertukaran jersi baru sepulangnya saya ke negeri kesayangan
saya itu lagi..
Hadoi.. apa harus saya buat, mein kya karoon? Tunggu je la
edisi balik kampung akan datang.. Tettt... :’(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan